Archive for December, 2006

Pelik tapi Benar

Tuesday, December 26th, 2006

Semalam adalah hari paling mherankan diriku malah sesiapa sahaja.Ntah kerana ke-alzhemeir-an diriku atau memang egypt adalah negara ‘keras’.Sejarahnya bermula apabila aku pulang dari kuliah.Selepas membeli seekor ayam,singgah sbentar di warung fathirah tue.Maka ternampaklah diriku oleh budak2 MARA.Seterusnya apa lagi,lepaklah kat rumah dorang kerana mereka menyuruh aku membaikpulih dial-up dorang.Macam laa aku nie pandai sangat.Laptop pun takde.Maka macam biasa,aku buat bijak laa.Nasib baik menjadi.Maka aku pun tergesa2 balik kerana Azlee dah meng-henset aku kerana ayam ade denganku.Setelah 5minit perjalanan yang ku rasa agak jauh kot.Ntah laa.Aku pun membuka pintu dengan kunci.Kunci rumah laa,takkan kunci kereta kot.Maka aku pun meletakkan ayam di dapur pastu terus meletak barang2 aku dalam bilik.Maka macam bese laa,buat laa ape yang patut.Selepas solat maghrib,aku mencari begku untuk membuat kerja2 yang terbengkalai.Orang busy laa katekan.Tapi takde.Ha paddang..maka digeledahlah seluruh rumah dan isinya mencari beg itu.Bukan main2 beb.643genih ade dalam tue.Tak campur lagi kos pengangkutan dan kos penginapan untuk membeli beg itu.Setelah berijma’dengan ahl-bait maka segala bukti menjurus ke arah kecurian.Ini disebabkan oleh semua tetamu mengaku tidak bersalah mencuri beg itu malah budak MARA juga menyatakan kesaksian bahawa beg itu tiada di rumah mereka pada masa itu.maka ‘mood’untuk stadi pun hilang.Mataku mula berkaca.Aku tak kisah pasal duit.Tapi borang album pun ade dalam tue.Duit aku boleh ganti tp maklumat dalam borang tue??I’m not sure if geng2 aku nak isi semula borang tue walau dengan percuma.Maka aku pun tidur dalam linangan air mata.Hanya henset menjadi peneman saat itu kerana aku berharap giler pencuri itu akan telefon and at least menyatakan "beg kau ade ngan aku".Tapi harapan tinggal harapan.Bak kata pepatah ‘mimpi yang tidak menjadi nyata umpama burung tanpa sayapnya’.Akhirnya aku bangun esoknya dengan satu berita gembira-beg aku ade kat rumah MARA.Serta merta aku heran dan pelik.
Macam mane beg tu ade kat rumah MARA sedangkan Aman nampak aku wat balik beg tue malah kunci rumah juga aku letak dalam beg tue-macam mane aku buka pintu rumah???

Umah Baru

Friday, December 8th, 2006

Hah lame xmnulis..bkn bizi tapi malas..nak kutuk orang untuk melegakan perasaan takut orang tue bace plak..haha..benarlah kaedah islam ‘mengadulah pada ALLAH nescaya kamu akan tenang sikit’..inilah yang diadaptasikan dalam kaedah kaunseling iaitu listening to other people’s problem..kali nie xde apa2 yang best untuk diceritakan so lets hear about my new house..

setelah setia menanti selama entah berapa bulan entah..akhirnya berjaya juga kami-aku,husaini,hafzi,azlee,aman masuk umah kami sendiri..nak kata best xbest jugak..nak kata xbest agak best jugak rumah tu..kedudukannya yang strategik di pertemuan syari3′ mawardi dan syari3′ sheikh ali youssef menyebabkan  ramai penuntut2 universiti cairo lepak di situ..dengan 3 buah bilik xtermasuk bilik air dan dining room,sewa 1100genih agak berbaloi dengan kemafrusyahannya yang boleh dikatakan agak melampau kerana semua benda tuan rumah nak bagi..namun kami membina satu lagi bilik tidur dengan mengconvert dining room kepada bilik tidur menjadikan jumlahnya semua 4 buah bilik xtermasuk bilik air..dapur yang agak besar menjadikan proses memasak lebih mudah malah ditambah pula dengan alat memasak yang sudah cukup lengkap menjadikan kami lebih bersyukur..benarlah firman ALLAh bahawa orang yang bersabar itu akan menerima ganjaran yang lebih baik di masa akan datang..katilku katil yang agak besar..untuk 2 manusia..aku mendapat almari sendiri,meja sendiri yang semestinya best untuk stadi..seperti yang aku katakan tadi,kedudukannya amat strategik,ditambah pula dengan kedudukannya yang betul2 di bawah umah pengerusi PERUBATAN,meningkatkan lagi saham umah itu..maka xrasminya boleh dikatakan umahku adalah ganglion tibb 1st year-distribution centre yang mengedar segala info dan risalah kepada tahun 1 UK..yang paling penting,sebagai ganglion yang bersifat mengedar,maka kami menjual eVoiz dengan harga termurah dengan mengambil keuntungan yang tidak sampai 1genih..hanya untuk membantu rakan2 yang memerlukan..

anyway,umah baru kali ini bermakna

-tanggungjawab baru,

-suasana baru,

-cara baru,

dan yang penting untuk aku,ruang stadi yang jika aku xstadi,memang xbersyukur kerana cukup selesa jika dibandingkan dengan masa aku tinggal di rumah transit-rumah abang haikal..

semuanya datang dari hati..

2007 yang akan datang,menjadi penentu tahap aku di bumi anbiya’ ini..

ALLAH sentiasa menurunkan rahmatNYA..

persoalannya adakah ia terus direct 3ala Tul kepadaku…

atau aku yang harus mencari rahmat itu..