Umah Baru

Hah lame xmnulis..bkn bizi tapi malas..nak kutuk orang untuk melegakan perasaan takut orang tue bace plak..haha..benarlah kaedah islam ‘mengadulah pada ALLAH nescaya kamu akan tenang sikit’..inilah yang diadaptasikan dalam kaedah kaunseling iaitu listening to other people’s problem..kali nie xde apa2 yang best untuk diceritakan so lets hear about my new house..

setelah setia menanti selama entah berapa bulan entah..akhirnya berjaya juga kami-aku,husaini,hafzi,azlee,aman masuk umah kami sendiri..nak kata best xbest jugak..nak kata xbest agak best jugak rumah tu..kedudukannya yang strategik di pertemuan syari3′ mawardi dan syari3′ sheikh ali youssef menyebabkan  ramai penuntut2 universiti cairo lepak di situ..dengan 3 buah bilik xtermasuk bilik air dan dining room,sewa 1100genih agak berbaloi dengan kemafrusyahannya yang boleh dikatakan agak melampau kerana semua benda tuan rumah nak bagi..namun kami membina satu lagi bilik tidur dengan mengconvert dining room kepada bilik tidur menjadikan jumlahnya semua 4 buah bilik xtermasuk bilik air..dapur yang agak besar menjadikan proses memasak lebih mudah malah ditambah pula dengan alat memasak yang sudah cukup lengkap menjadikan kami lebih bersyukur..benarlah firman ALLAh bahawa orang yang bersabar itu akan menerima ganjaran yang lebih baik di masa akan datang..katilku katil yang agak besar..untuk 2 manusia..aku mendapat almari sendiri,meja sendiri yang semestinya best untuk stadi..seperti yang aku katakan tadi,kedudukannya amat strategik,ditambah pula dengan kedudukannya yang betul2 di bawah umah pengerusi PERUBATAN,meningkatkan lagi saham umah itu..maka xrasminya boleh dikatakan umahku adalah ganglion tibb 1st year-distribution centre yang mengedar segala info dan risalah kepada tahun 1 UK..yang paling penting,sebagai ganglion yang bersifat mengedar,maka kami menjual eVoiz dengan harga termurah dengan mengambil keuntungan yang tidak sampai 1genih..hanya untuk membantu rakan2 yang memerlukan..

anyway,umah baru kali ini bermakna

-tanggungjawab baru,

-suasana baru,

-cara baru,

dan yang penting untuk aku,ruang stadi yang jika aku xstadi,memang xbersyukur kerana cukup selesa jika dibandingkan dengan masa aku tinggal di rumah transit-rumah abang haikal..

semuanya datang dari hati..

2007 yang akan datang,menjadi penentu tahap aku di bumi anbiya’ ini..

ALLAH sentiasa menurunkan rahmatNYA..

persoalannya adakah ia terus direct 3ala Tul kepadaku…

atau aku yang harus mencari rahmat itu..

One Response to “Umah Baru”

  1. zecron Says:

    ko mengarut ape nie…
    sleng..
    ahahahha

Leave a Reply