Archive for January, 2007

Ba3′da imtihan..

Thursday, January 25th, 2007

    Malam telah lama melabuhkan tirai. Bayu bumi anbiya’ masih lagi setia bertiup sepoi-sepoi bahasa arab. Dingin menyelimuti penghuninya, menurunkan suhu tubuh mereka.
    Adam berteleku menghadap planner 2007. Exam biochemistry yang baru sahaja selesai tengah hari tadi sedikit sebanyak meringankan beban di pundaknya. Seketika dia melepaskan keluhan kecil. Satu keluhan untuk meluahkan segala rasa kemalasan yang bersarang di hatinya. Perlahan mindanya mengimbas kembali YM nya dengan Abang fahHani.

    "sy adam mlaporkan diri..utk ajk dwan"
    "adam ekk..boleh x?"
    "boleh jer..no prob"
    "sibuk x?"
    "stakat nie satu jer..jg chess"
    "sbb tgh cari org utk hias dwan..sayay kate adam pndai"
    "mane laa sy reti bab2 design nih"
    "poyo r mamat nih..pndai pkai program aper?"
    "word reti r.."
    "mmg btul poyo mamat nih"
    "slain sy sape g yg tlibat?"
    "farsya,mcke,irsuy..pas sinai nant kite meeting"
    "ok masyi jer"

    Planner di tangannya diconteng sedikit. Sekadar peringatan buat dirinya yang sering lupa. Bertambah lagi kerja aku, getus hati kecilnya. Mengenang kembali sejarah silamnya, langsung tidak menyangka dia akan menjadi sebegini aktif di Mesir ini. Penglibatannya dalam ko-kurikulum tidaklah begitu aktif malah mungkin langsung tidak ada aktiviti yang disertai. Sekadar seorang pelajar asrama yang sering menyakitkan hati guru-guru, terutama ketua warden asrama. Siapa yang tidak tertekan kalau setiap pagi, budak yang sama je dirotan.
    Adam tersenyum sendirian mengenang semua kisah silam. zAlee di sebelahnya sudah lama dibuai mimpi. Letih mengemas mungkin. Pagi nanti seawal 6.30 semua peserta mesti berkumpul untuk taklimat oleh Abg qouWar. Namun bajunya masih lagi belum berlipat.
    Perlahan Adam bangkit. Planner 2007 miliknya disimpan rapi di bawah cermin meja. Mudah dilihat dan mudah di semak. Nokia di sebelahnya ditekan-tekan. Jam 0030. Masa untuk online, fikirnya. Semenjak menguruskan portal EgyptMedic, seringkali dia meluangkan masa untuk online - satu kegilaan yang telah lama ditinggalkan sejak Tingkatan Tiga.
    Khabar angin terbaru pula menjemputnya menjadi web designer untuk web PERUBATAN. Lebih mengejutkan lagi majalah PERUBATAN juga ada ura-ura akan diterbitkan. Dia hanya tersenyum sahaja. Semuanya mungkin hasil sindirannya kepada Abg fahHani, "PMRAM ade Suara Kampus, PERUBATAn bila nak buat?"
    "Kan TibbianS dah ada.."
    "TibbianS apa class..dah la takde color..buat laa majaah bulanan ke..baru gempak..lagipun budak taun satu kan ramai..takkan takde yang nak menulis kot.." Berdesing telinga dia agaknya, fikir Adam.
    Sesekali dia terfikir juga, untuk apa dia mendesign sesuatu, untuk dijadikan peringatan dalam bentuk yang baru atau apa, dia sendiri tidak pasti. Mungkin satu kegilaan, mungkin satu pembaziran masa atau mungkin minat mengatasi segalanya.
    Adam menekan-nekan keyboard laptop zAlee. Bayangan arwah sahabatnya - Iqram seolah menjadi semangat untuk dia meneruskan bidang designing. Walaupun tidak kreatif namun dia tetap meneruskan usaha agar ilmu yang diberikan sahabatnya itu terus mengalir pahalanya, buat bekalan sahabatnya di alam kubur.

   

Al-Fatihah buat sahabat yang diingati, Mohd Fakhrul Iqram. Akan ku teruskan angan2 kita dulu TwinHackerz-CreativeDesigner. Semoga roh mu dicucuri rahmat oleh Allah..

Aku ingin menjadi Setan

Monday, January 22nd, 2007

Aku ingin menjadi seperti setan..
Tak pernah kenal erti putus asa..
Sentiasa berfikiran positif dalam menyesatkan manusia..

Aku ingin menjadi seperti setan..
Sentiasa menepati janji..
Janji PAda ALLAH, Tuhan sekelian alam - menyesatkan manusia..

Aku ingin menjadi seperti setan..
Bersatu padu dalam semua hal..
Tidak kira apa agama, semuanya ingin menjatuhkan ISLAM..

Aku ingin menjadi seperti setan..
Bijak dalam segala hal..
Ade je idea nak menyesatkan manusia..

Aku ingin menjadi seperti setan..
Memikul tanggungjawab dengan jujur..
Tak pernah berhenti menggoda manusia..

Andai ada dosa semalam..
Jangan salahkan setan..
Kerana kerjanya memang menyesatkan manusia..
Tapi salahkan diri sendiri..
Kerana kerja kita, melawan setan..!

Kisah DIA

Sunday, January 14th, 2007

Hari ini terasa panas walaupun
musim sejuk mencatat suhu 13’C. Bayu sungai Nil terasa lembut membelai insan
yang berada di jalanan. DIA masih lagi di situ di saat rakannya yang lain
berebut memasuki dewan peperiksaan. Mungkin belum bersedia, mungkin belum menyedari
masa peperiksaan hampir tiba lantaran asyik membelek buku Physiology-Blood.

 Di saat DIA
tersedar, mulalah DIA tergesa-gesa meletakkan beg di tempat yang disediakan.
Sebarang beg atau henset tidak dibenarkan masuk ke dewan exam. Malah
pemeriksaan dilakukan seperti memasuki kawasan ternama- airport atau istana
atau jabatan poerdana menteri. DIA berasak-asak ke depan, berebut bersama
manusia-manusia Arab yang lain. Ramainya, hanya mereka dan keluarga mereka
sahaja yang tahu. Mengalahkan pasar malam di

Malaysia

. Pasar Sayeda Aisyah pun
tak begini ramai. Setiap ruang dirasakan begitu berharga untuk mencelah masuk
menuju ke depan. Akhirnya DIA berjaya.

 Selesai
satu urusan, DIA melangkah masuk. Debaran di hati hanya DIA yang tahu. SPM pun
tidak sehebat begini, malah mungkin mengatasi debaran ketika lewat satu jam
kertas BI 2 SPM. Kisah lama, kisah yang menjadi iktibar buat rakan yang lain
ketika itu- jangan tidur menanti kertas seterusnya. Menaiki tangga ke tingkat 5
(entah laa..tingkat atas sekali), DIA melangkah perlahan (memang laa, sebab
kali pertama masuk exam,memang laa tercari-cari kat mana tempat ye). Duduk
dengan senyuman, tradisi lama yang masih lagi diamalkan. Hanya untuk menutup
resah di hati. Siapa yang tidak resah jika 3 tajuk belum dibaca, hanya ingat
bau-bau bacang jer.

 Tatkala
membuka soalan, semua tak tahu. Ya ALLAH, bantulah hambamu nie. Teringat
pesanan guru dulu-di saat kamu tidak mengetahui, gerak hatimu adalah hidayah
dari NYA. Maka mulalah DIA menjawab spontaneously. Rait macam tue jer tanpa
langsung berfikir. Tengok-tengok dah siap 15 minit awal. Maka mulalah DIA
terkial-kial mengecheck semula jawapannya. Mane lah tahu hidayah ALLAH datang
di saat itu.

 Selesai,
senyum lagi. Entah apa kena dengan DIA nie. Asyik senyum je. Bajet hensem lah
tue. Kemudian masa pun tamat dengan keputusan target 30 over 50. Itu pun dah
cukup banyak buatnya, buat pemalas sepertinya.

 Peperiksaan
pertama tamat bermakna three to go. Tapi itu semua masih lagi belum
menginsafkan DIA. Masih lagi dengan aktiviti-aktiviti mengarut yang tiada kena
mengena dengan pelajaran. Baginya, exam ini walaupun banyak yang tidak
diketahui jawapannya, namun berjaya menstimulate dirinya untuk membuat nota
hingga habis satu bab, amalan yang telah lama ditinggalkan sejak form 3.

Adakah exam seterusnya sama seperti
hari ini, hanya masa yang akan menentukannya. Yang pasti, study di saat akhir
betul-betul menyeksakan. Sebabnya, masa tidak cukup untuk melakukan kajian yang
akan memudahkannya ingat dan faham proses tersebut.

Semilir sungai Nil terus bertiup,
menemani setiap insan yang berada di lembahnya.