Sakit

    Aduh sakitnya, pedih berdenyut aku rasa. Setiap denyutan tue melambangkan detik jantungku. Kenapa di saat birthday yang tersayang, aku terseksa begini? Kenapa di saat semester baru bermula, aku merasakan kepedihan ini? Kenapa - satu soalan yang sentiasa disoal manusia. Tanpa jawapan yang pasti, soalan itu mula memerangkapku.
    Ramalan yang doktor jangka akan berlaku 2 3 tahun lagi dah mula berlaku. Ternyata telahan doktor itu meleset. Biasalah, kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Takdir aku - sakit di bumi Mesir. Namun aku sentiasa berkata pada diri sendiri ’sabar ada hikmahnya, mungkin Allah nak kafarah dosa aku yang lalu’. Dosa mulut yang celupar nie.
    Bila difikirkan balik, aku asyik bergembira je. Bila sakit sikit, mula melatah. Tak tahan. Rasa nak menangis - kelakar je kalau aku menangis. Yang aku paling takut sekali - demam. Bila demam je, konfem tak boleh bangun, pening, muntah, rebah, tak lalu makan, mengigau, meracau, tidur. Demam sebab tak tahan sakit. Entah akan terjadi, aku tak tahu. KIta tengok dalam sehari dua nie.
    Segalanya bermula masa aku darjah enam. Accident basikal - lori. Rebah tersembam ke jalan raya berturap tar hitam yang panas berdengung. Patah transverse 2 butir gigi aku. Aku ingat lagi masa tuh, selamba je bagitau pakcik lori tuh aku okey. Balik rumah, darah dah habis bertakung dalam mulut. Meleleh keluar tak henti-henti. Memang syok masa tuh.
    Pastu Pak Anjang bawak aku pergi klinik. Dia kata gigi aku dah mati, saraf semua dah rosak, canal saraf tuh terbuka so doktor tuh kata dia akan tampal untuk elak sakit pedih. Aku memang tak rasa apa-apa pun masa tuh. Terima je la. Masa tu budak hingusan lagi, mana la faham apa yang doktor tu cakap.
    Akhirnya tahun lepas, tampalan doktor tu terbuka. Semalaman aku meraung pedih. Tak boleh makan terus. Sentuh air pun tak boleh. Still ingat lagi, mak aku bawak gi jumpa doktor. Punya la banyak nasihat doktor tuh. Siap ngan mak aku sekali kena ceramah - cara-cara menjaga gigi aku. Setengah jam jugak tuh.
    Doktor tu kata "Gigi nie dah tak boleh buat apa dah. Cabut dan tanam yang baru je la. Sakit tak kat bawah hidung nie?". Aku geleng je. Ye la, mase tuh mana la sakit. Okey jer.
    "Nanti bile bahagian nie dah sakit, jumpa doktor, kata nak tanam. Akak tak nak buat masa nie sebab okey lagi. Akak just tampal balik jer. Jangan makan mende berasid bla bla bla…". Tapi aku makan jugak limau ngan epal.
    Sekarang dah rasa akibat nya. Sedap sampai aku menjilat jari. Sedap sangat sampai tak tidur aku malam nie. Berdenyut. Rasa macam jantung aku kat gigi nie jer. Dah laa lapar. Nak makan tak boleh. Makan bubur je laa aku kali nie.
    Satu lagi perkara yang aku dapat masa sakit nie - ramai orang suruh berkumur guna air garam. Kenapa? Sekali lagi soalan tue keluar. Tapi memang berkumur air garam rasa lega sikit. Tapi kenapa? Dua kali soalan tue keluar. Bukankah air garam ada Na yang tinggi. Bila extracellular Na high, mesti action potential menghampiri firing level - more excitable. Mesti lagi mudah sakit. Kenapa rasa lega pulak/ Atau aku yang ter-miss sesuatu? Soalan tue lain kali jawab. Tak semangat nak buka buku.
    Masa camnie lah aku mula teringat kat mak. Mesti membebel tahap dewa kalu dia tahu. Nanti je aku tulis surat - surat romantik sikit, mak kan..hehe. Konfem dia reply sepuluh lima belas muka surat. Mati lah aku nak membacanya. nasib baik surat, kalau telefon, 5 eVoiz aku habis nanti. Huhu.
    Seterusnya, birthday yang tersayang dah sampai - 17hb. Tapi still takde idea nak bagi ape. Tahun lepas dah miss bagi hadiah. Tahun nie miss jugak la jawabnye. Harap dia tak terasa. Sakit membuatkan otak aku blank. Betapa besar kuasa sakit. Kerana sakit setitik, hilang nikmat sebelanga. Aku sakit gigi dua helai je, tapi sakit - Ya Allah sampai ke kepala, sampai ke mandible. Tu baru yang sakit secara direct, yang tak direct - mata tak boleh tidur, otak blank, semangat kurang, selera hilang, perut sakit, tenaga takde dll dsb.
    Nampak gaya segala projek yang aku rancang kurang sikit lah peratus pelaksanaan nya. Evoiz aku tak ambik lagi stok baru, WoW tak update lagi, buku tak abis lagi baca, dan yang penting study aku MUNGKIN terjejas sikit. Projek rahsia aku pun lambat lagi lah untuk dilancarkan. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk menghadapi ujian dariMU.
    Selamat Hari Lahir untuk yang tersayang, she-who-must-not-be-named. Semoga berjaya dalam study, sentiasa bahagia di sisi keluarga.

5 Responses to “Sakit”

  1. jiilul quran Says:

    adeii..sakit pe nih..eh,add kawe deh..lama da tak pi cairo univ.ingat nak pi jalan2..tapi korang macam sibuk je..dah byk kali dah pi sane..

  2. ZULIKHA Says:

    kesiannyer
    skit gigi ek???
    tu la mkn coklat byk sgt…
    len kli mkn byk ske ek…

  3. Hafiz Adam Says:

    mane de makan coklat..
    dh jupe doc..
    ye kate juz ade infection hasil dari patah gigi tuh..
    smpai ke otak so kne operate..
    huhu
    LE500 beb..

  4. -NoNeNg- Says:

    siannyew…erm..sal besday tuyh…kireye miss arr bg kat dye.??

  5. Hafiz Adam Says:

    yea!! dh tau pesal kne kumur ngn air garam..
    NaCl mnyebabkan VC blaku.. so pndarahan mudah berenti..

Leave a Reply